PERODUA VIVA


Perodua ViVA merupakan kereta yang dihasilkan oleh Perodua atau Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. Perodua ViVA telah dilancarkan pada 10 Mei 2007.  Asalnya dirancang sebagai pengganti Perodua Kancil dan Perodua Kelisa, kereta kompak ini cuma dipasarkan untuk menggantikan Kancil & Kelisa sahaja. Perodua ViVA ini direka berdasarkan generasi keenam Daihatsu Mira.  Semua versi enjin yang digunakan - 660cc, 850cc dan 1,000cc - menggunakan enjin DVVT Daihatsu.


'Viva' merupakan istilah bahasa Latin yang bermakna 'Untuk Hidup' dan ia sering menjadi ungkapan penghormatan yang juga bermakna 'Selamat Panjang Umur'. Model Viva adalah pengganti kepada model popular Perodua iaitu Kelisa. Bagi kereta dengan keupayaan enjin 660cc dan 850cc, Viva menggunakan sistem transmisi manual lima kelajuan. Kereta dengan enjin 1,000cc pula dibahagikan kepada dua iaitu "Standard" dan "Premium". Bagi Standard SX dan Premium SXi, ia menggunakan transmisi manual lima kelajuan. Transmisi automatik empat kelajuan pula boleh didapati pada model Standard EZ dan Premium EZi.


Idea menghasilkan Perodua ViVA bermula pada 2005 membabitkan 124 vendor yang bekerjasama rapat dengan Perodua bagi mengeluarkan lebih 1,000 komponen secara tempatan. Hasilnya, Perodua ViVA mempunyai kira-kira 90 peratus komponen tempatan sepenuhnya, menjadikannya antara kenderaan yang paling tinggi kandungan tempatan setakat ini.

0 Berbicara: