Matlamat MYPeroduaclub


RMPC™ adalah sebuah Komuniti Kelab Kereta yang pertama di Malaysia menyatukan semua jenis jentera Perodua dan telah berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Hala tuju matlamat kami adalah seperti berikut ;

  • ★ Menjadi saluran rasmi ahli berdaftar RMPC™ agar memartabatkan kelab berprestij ini supaya bertemu sua dan berbincang bersama-sama.
  • ★ Menjaga segenap aspek perkhidmatan, persaudaraan, kebajikan dan profesionlisme kerjaya ahli supaya lebih telus serta berketrampilan.
  • ★ Menjalinkan hubungan bertoleransi sesama ahli seta pertubuhan kelab kereta lain yang mempunyai Matlamat dan Objektif yang serupa.
  • ★ Menjadi persaudaraan yang Ukhwah berlandaskan kecenderungan yang sama iaitu hobi terhadap kereta mahupun Ikatan Pesahabatan.
  • ★ Memajukan dan memperkasakan tahap kepakaran automotif dan professional di kalangan ahli selaras dengan keperluan masa kini.
  • ★ Mewujudkan wahana kepada ahli supaya mengembangkan bakat / potensi masing-masing serta saling bertukar idea arena permotoran.
  • ★ Menjadi salah satu kelab yang menggerakkan, mengeratkan, persefahaman dan kesejahteraan sesama ahli di segenap negeri di Malaysia.
  • ★ Memartabatkan profesionalisme keahlian dalam bidang masing-masing dan seterusnya menjadi teladan / rujukan kepada semua pihak.
  • ★ Menggalak dan menyedarkan masyarakat agar membina gaya hidup yang sihat dengan menyertai MYPERODUACLUB.
  • ★ Memberi peluang kepada ahli supaya hidup berbudaya dan memantapkan aspek moral serta nilai-nilai murni yang tinggi dipergiatkan.
  • ★ Memperolehi jaminan bantuan dari segi teknikal dan setia kawan saat menghadapi kesulitan di jalanraya atau dimanapun anda berada.

0 Berbicara: