RENJER SARAWAK BUMI KENYALANG
SEJARAH : Jepun menyerang Sarawak pada 1941 dan menguasainya sepanjang Perang Dunia Kedua. Pada masa kekalahan Jepun pada 1945, Sarawak ditadbir oleh British Borneo Civil Affairs Unit yang dikawal selia oleh tentera Australia. Ia kemudian diserahkan kepada kerajaan British. Sarawak merdeka secara rasmi pada 22 Julai 1963 dan menyertai Persekutuan Tanah Melayu yang dibentuk pada 16 September 1963, walaupun dibantah sebahagian penduduk pada mulanya. Asal nama sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Bagaimanapun menurut beberapa pendapat, nama Sarawak asal seperti berikut:-
- Nama Sarawak berasal daripada nama Sungai Sarawak . Sungai Sarawak meliputi kawasan yang digelar sebagai "Sarawak Prosper" menganjur dari Pedalaman Kuching di Bau sehingga ke Samarahan.
- Nama Sungai Sarawak adalah diambil dari nama sejenis galian batu bijih iaitu "serawak" yang mengandungi belerang dan antimoni (Rujuk Kamus Dewan edisi 3). Ini bertepatan sekali dengan sejarahnya iaitu semasa Sarawak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, wilayah Sarawak ketika itu kaya dengan antimoni.
SENARAI RENJER YANG BERDAFTAR RMPC DI KOMPENI SARAWAK
CARTA ORGANISASI RENJER - AHLI JAWATANKUASA DI SARAWAK
0 Berbicara: