SEJARAH PERODUA MYVI 「 MYPeroduaclub 」



Perodua Myvi ialah model kereta hatchback supermini/subpadat buatan pengilang kereta Malaysia, Perodua sejak tahun 2005. Myvi yang berasaskan Daihatsu Sirion/Boon generasi kedua dan Toyota Passo ini merupakan hasil usahasama Perodua dengan Toyota dan Daihatsu. Myvi merupakan kereta yang terlaris selama lima tahun berturut-turut mulai tahun 2006 hingga 2010 di Malaysia.

《 Di lancarkan pada tahun 2005 》
《 Pengeluaran masih diteruskan 》

Kereta Myvi terdiri daripada lima variasi : 
  • 1.0SR (manual 5 kelajuan), 
  • 1.3SX (manual 5 kelajuan), 
  • 1.3EZ (auto 4 kelajuan), 
  • 1.3SXi (manual 5 kelajuan), dan 
  • 1.3EZi "Premium" (auto 4 kelajuan). 
Juga terdapat Myvi "Edisi Khas" yang berciri bodykit yang terdiri daripada bampar yang terubah suai, skirt sisi dan spoiler. Myvi juga tersedia dengan sepasang beg udara dan ABS. Myvi dikilangkan dalam warna-warna Ebony Black, Olive Green, perak, jingga, emas, merah, perak dan putih. 

Rupa baru 2008 menampilkan pilihan wanra baru yang terdiri daripada Medallion Grey, Ivory White, Pearl White, Klasik Gold, Mistik Red, Ebony Black, Caribbean Blue dan Glittering Silver.

Perodua Myvi SE terdapat dengan wanra Ivory White, Ebony Black, Glittering Siver, Pearl White dan Tangerine Orange yang eksklusif untuk Myvi SE.

Dalam Kereta Myvi terpasang satu daripada dua enjin empat lejang yang terdingin air daripada Daihatsu Sirion generasi pertama: enjin Ej-VE 1.0 liter dengan tiga silinder sebaris, atau Toyota Passo: enjin K3-VE 1.3 liter dengan empat silinder sebaris; kedua-dua sistem DVVT serta pancitan bahan api elektronik (EFI).


Selain prestasi kasar, terdapat ciri-ciri yang sebelum ini jarang terdapat dalam kereta Perodua yang diturunkan oleh Sirion kepada Myvi, antaranya pemancit 4 lubang, uretana berbusa yang diinjek ke dalam A-pillar, centre pillar dan B-pillar untuk menebat hingar, sistem pelumpuh dan binaan badan pengurang kecederaan pejalan kaki. 

Antara ciri-ciri lain pula ialah kawalan aliran udara rangka bawah, pancarongga pengambilan resin dan penutup kepala yang disepadukan dengan peti pembersih udara (untuk enjin 1.0) dan roda tenaga yang anjal untuk mengurangkan getaran semasa berjalan (untuk transmisi manual).

0 Berbicara: